Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

27.06.2019 | Logo Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 dilancarkan

​Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 bermula 16 hingga 24 Ogos 2019, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.


Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi kejohanan tersebut, Awang Mohd. Firdaus bin Abdul Rahman semasa Sidang Media, di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Pada Sidang Media tersebut, Awang Mohd. Firdaus juga menjelaskan tentang logo kejohanan itu yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja.

 

Sementara itu, Presiden Persekutuan Wushu, Awang Lim Boon Hwa semasa Sidang Media tersebut pula menjelaskan sebanyak dua acara akan dipertandingkan, iaitu Acara Taolu dan Acara Sanda yang terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Kategori 'A' bagi 18 Tahun Ke Bawah; Kategori 'B' bagi 15 Tahun Ke Bawah; dan Kategori 'C' bagi 12 Tahun Ke Bawah.

 

Terdahulu itu, Majlis Pelancaran Logo bagi kejohanan tersebut diadakan dan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan Dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said; Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed; dan pegawai-pegawai KKBS juga Jabatan Belia dan Sukan.

Attachments
Created at 7/10/2019 2:48 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 7/10/2019 2:50 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli