Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
21.05.2019 | Dekatkan belia dengan Al-Quran

‚ÄčMajlis Perhimpunan Tadarus Al-Quran Belia Senegara pada tahun ini mengumpulkan lebih 2,000 belia dan beliawanis pada dua masjid utama yang berlangsung secara berasingan hari ini.


Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong tumpuan utama berlangsungnya majlis keagamaan tersebut yang disertai oleh lebih 1,200 belia lelaki.


Majlis berkenaan disemarakkan lagi dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.


Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin serta Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.


Bacaan Ummul Kitab, Surah Al-Fatihah memulakan acara yang dipimpin oleh  Awang Abdull Muin bin Haji Abdul Hamid yang merupakan Johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi.


Majlis diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Massad yang dikepalai oleh Awang Ridhwan Azawani bin Haji Zainul Arifin, penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) diikuti dengan bacaan Takhtim dari Kumpulan Dikir Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang juga membawakan Dikir Marhaban.


Sementara Doa Khatam dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei masing-masing dibacakan oleh Awang Muhammad Hilmi bin Md. Iskandar, penuntut ITQSHHB dan Awang Abdull Muin bin Haji Abdul Hamid.


DYTM kemudiannya berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis anjuran secara kolaborasi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Zuhur berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat.


Sementara itu, majlis yang sama juga diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien bagi belia perempuan.


Setentunya, acara keagamaan seumpama ini amat bertepatan sekali di bulan yang mulia ini agar dapat mendekatkan lagi diri belia itu sendiri terhadap kitab suci Al-Quran untuk dijadikan amalan dan panduan, ke arah menuju kehidupan yang sebenar demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak.

Attachments
Created at 5/25/2019 10:23 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/25/2019 10:23 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli