Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

07.05.2019 | Penutupan sementara Kolam Renang JBS

Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memaklumkan bahawa penggunaan Kolam Renang Anggerek Desa, Pusat Akuatik Tutong, Kolam Renang Kompleks Sukan Mumong, Kolam Renang Pusat Belia dan Kolam Renang Kompleks Sukan Temburong di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan akan ditutup sementara penggunaannya kepada orang ramai selama 22 hari bermula pada  Sabtu, 13 Mei 2019 hingga  Jumaat, 7 Jun 2019.

 

Penutupan sementara tersebut adalah disebabkan kerja-kerja pembersihan kolam secara berperingkat-peringkat.

 

Penggunaan kolam-kolam tersebut akan dibuka semula kepada orang ramai pada Sabtu, 8 Jun 2019.

Attachments
Created at 5/15/2019 10:50 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/15/2019 10:50 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli