Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PENDAFTARAN PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) PENGAMBILAN KE-8

Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa Program Khidmat Bakti Negara (BKBN), Pengambilan Ke-8 dijangka akan bermula pada hari Ahad 2hb Disember 2018 dan selesai pada hari Khamis 14hb Mac 2019. Dalam perkara tersebut, syarat-syarat penyertaan bagi latihan diatas adalah seperti berikut:

  1. Permohon mestilah Warganegara Brunei atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.
  2. Terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berumur diantara 16-21 tahun.
  3. Tidak terikat dengan sebarang persekolahan ataupun perkerjaan sepanjang jangka waktu latihan.
  4. Lulus Pemeriksaan Kesihatan.
Sehubungan dengan itu, Borang Pendaftaran boleh didapati semasa waktu bekerja di pejabat-pejabat berikut:
  • Ibu Pejabat BKBN (Blok B18, Simpang 32-15, Flat Kerajaan Anggrek Desa)
  • Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Tutong, Belait dan Temburong.
  • Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan ( Blok 2J, Kondominium Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan).

Untuk makluman, Borang Pendaftaran mula diedarkan pada hari Isnin, 02hb Julai 2018 dan akan ditutup pada hari Rabu 31hb Oktober 2018. Para calon pelatih adalah dikehendaki untuk membawa sendiri Borang Pendaftaran mereka ke Rumah Sakit atau Pusat Kesihatan di daerah / kawasan masing-masing bagi proses pemeriksaan kesihatan yang diperlukan. Borang yang telah dilengkapkan termasuk pengesahan kesihatan oleh Pegawai Perubatan hendaklah dikembalikan dengan segeranya ke Ibu Pejabat BKBN atau melalui Cawangan Daerah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) atau melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

 

Untuk sebarang pertanyaan ataupun urusan penyelarasan selanjutnya, sila berhubung terus kepada Urusetia BKBN melalui talian telefon : 2340033/2340045.

PKBN.png

Tarikh tutup menghantar borang pada

hari Rabu, 31hb Oktober 2018

sebelum jam 4.00 petang.



Attachments
Created at 7/11/2018 12:12 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 7/11/2018 12:20 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan