Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Kempen Hari Bertindak (Day of Action Campaign) 2022

Poster Kempen Hari Bertindak 2022.jpeg

Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan Kempen Hari Bertindak Sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2022 yang bertemakan Solidarity Through Volunteering (Perpaduan Melalui Kerja Sukarela) bermula pada 11 Disember 2022 hingga 31 Januari 2023.

Hari Sukarelawan Antarabangsa adalah mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan pada 5 Disember setiap tahun. Hari Sukarelawan Antarabangsa dilihat sebagai peluang unik untuk sukarelawan dan organisasi meraikan usaha mereka, berkongsi dan mempromosi kerja mereka serta menyumbang kepada keamanan dengan menyokong pengiktirafan sukarelawan dalam program pembangunan.

Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa ini bertujuan untuk menyediakan platform untuk mengumpulkan masyarakat Negara Brunei Darussalam dalam pembangunan semangat kesukarelawanan, serta menjadi lambang perpaduan dan usaha di pelbagai peringkat masyarakat menuju ke arah perubahan melalui pendekatan bersama dan bekerjasama.

Antara lain objektif utama sambutan adalah untuk mengadakan Kempen Hari Bertindak bagi mengumpul dan memantau program kesukarelawanan disamping mengadakan jerayawara untuk memberi kefahaman tentang konsep kesukarelawanan dan memberi penghargaan kepada sukarelawan dan organisasi yang aktif dalam kerja sukarela.

Kempen Hari Bertindak pada tahun ini mempunyai sembilan kluster program iaitu (1) Hak Asasi Haiwan; (2) Seni dan Budaya; (3) Masyarakat; (4) Bencana Alam; (5) Pendidikan; (6) Inisiatif Hijau; (7) Keusahawanan Sosial; (8) Kerohanian dan Keugamaan; dan (9) Pembangunan Belia.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin mengalu-alukan penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan, swasta, pergerakan-pergerakan bukan kerajaan dan kumpulan-kumpulan belia bagi sama-sama memeriahkan lagi Kempen Hari Bertindak. Bagi mendapatkan pek info dan pendaftaran, sila imbas kod QR yang tertera di dalam poster atau layari http://tiny.cc/pekinfodoa22.

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia Kempen Hari Bertindak di talian 2381903 samb. 1300 atau 8201006.

Attachments
Created at 11/9/2022 4:04 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 11/10/2022 10:17 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan