Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Program Bas Belia 2019 Bermula pada 7hb September hingga 13hb September 2019

​1.    PENGENALAN   

Program Bas Belia 2019 adalah kali kedua diadakan sebagai program sampingan sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-14 tahun 2019.

Belia merupakan asset yang amat berharga kerana mereka adalah tunggak dan keutamaan masa depan sesebuah Negara. Oleh itu program ini akan akan diadakan dan mengumpulkan belia-belia daripada keempat-empat daerah sebagai lambang perpaduan dan integrasi dengan menjelajah ke seluruh negara yang bertemakan 'Belia Pemacu Negara Maju: Belia Siaga Masa Depan'.

2.    OBJEKTIF

  • Untuk mendidik dan meningkatkan ke arah perkembangan dan pembangunan diri, kepimpinan, daya usaha dan persefahaman.
  • Untuk mendedahkan ilmu dan maklumat mengenai bidang keusahawanan dan penggunaan teknologi dalam keusahawanan.
  • Untuk mengenali dengan lebih dekat lagi identiti, sosial, budaya dan masyarakat di daerah-daerah.

3.    TARIKH

Bermula 07 hingga 13 September 2019 selama 7 hari 6 malam (cuti penggal persekolahan).

4.    PENGANJURAN
Program ini adalah anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dengan kerjasama beberapa Kementerian dan dilaksanakan melalui Jabatan Belia dan Sukan serta Cawangan Daerah Temburong, Belait dan Tutong.

Penglibatan agensi-agensi adalah tertakluk kepada perancangan dan pengisian aktiviti. Berikut adalah senarai cadangan penglibatan agensi-agensi:-

  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
    • Sesi pertemuan bersama Yang Berhormat/Pegawai Daerah dari keempat-empat daerah.

    • Aktiviti kebudayaan, kemasyarakatan dan keusahawanan melalui MPM dan MPK di daerah-daerah.

  • Kementerian Hal Ehwal Ugama

    • Aktiviti keugamaan dan kerohanian.

    • Penyertaan melalui Belia-Belia Masjid

    • Permohonan meminjam Kenderaan Bas.

  • Kementerian Pendidikan

    • Penyertaan daripada Sekolah-Sekolah Menengah dan Pusat Tingkatan Enam

    • Permohonan meminjam Kenderaan Bas.

  • Jabatan Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

    • Lawatan ke Galeri Muzium, Tasek merimbun, Daerah Tutong

  • Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan

    • Penyertaan juga dibukakan kepada belia-belia melalui persatuan-persatuan.

  • Agensi-Agensi Lain.

    • Lawatan ke agensi-agensi yang dirancang atau dicadangkan.

    • Penglibatan dari pelbagai segi termasuk penerimaan tajaan daripada syarikat-syarikat swasta dan orang-orang persendirian.  

5.    TEMPAT
Bermula di Daerah Brunei Muara kemudian bergerak ke Daerah Temburong, seterusnya ke Daerah Tutong dan berakhir di Daerah Belait.

6.    SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan dibukakan kepada 40 orang belia berumur antara 15 hingga 25 tahun dan sasaran penyertaan daripada Kementerian Pendidikan, Majlis Perundingan Mukim/Majlis Perundingan Kampong, Persatuan, Ahli Takmir Masjid dan Persendirian.

7.    SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Hendaklah belia lelaki atau perempuan berumur antara 15 hingga 25 tahun pada bulan September 2019.

  • Status hendaklah bujang.

  • Hendaklah memiliki kesihatan yang baik dan keadaan fizikal yang cergas.

  • Hendaklah berkesanggupan untuk menyertai dan mengikuti aktiviti-aktiviti di sepanjang program keempat-empat daerah seperti dijadualkan.

  • Hendaklah mendapatkan kebenaran ibubapa / penjaga sebelum menyertai program.Hendaklah memiliki dokumen perjalanan (passport) hendaklah dalam keadaan baik dan masih mempunyai tempoh sahlaku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh mansuh dan juga masih mempunyai ruang muka surat kosong yang mencukupi daripada tarikh program diadakan.

  • Borang penyertaan boleh didapati di mana-mana Cawangan Daerah-Daerah Jabatan Belia dan Sukan dan juga boleh didapati di laman web https://www.cognitoforms.comorang penyertaan boleh didapati di mana-mana Cawangan Daerah-Daerah Jabatan Belia dan Sukan dan juga boleh didapati di laman web https://www.cognitoforms.com/JBSTutong/ProgramBasBelia2019SempenaSambutanHariBeliaKebangsaan

  • Tarikh tutup mengembalikan borang adalah pada hari Sabtu, 07 Ogos 2019 jam 03:00 petang dan dikembalikan di mana-mana Cawangan Daerah-Daerah Jabatan Belia dan Sukan.


8.    PENGISIAN PROGRAM

  • Taklimat pengenalan program dan Pendaftaran serta Sesi Suaikenal peserta program.

  • Sesi Pertemuan bersama Yang Berhormat dan Pegawai Daerah di keempat-empat daerah; peserta bersua muka dan berpeluang berbual, berkongsi  pengalaman dan pendapat.

  • Aktiviti Pembangunan Diri dan Kepimpinan:
    • Menaikkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan menyanyikan lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

    • Kepimpinan dan Kerja Berpasukan semasa aktiviti.

    • Perbincangan kumpulan [sesi perkongsian pengalaman pada setiap malam sepanjang program].

    • Lawatan dan aktiviti di daerah-daerah.
       

  • Aktiviti kerohanian dan keugamaan

    • Sembahyang Fardhu Lima Waktu berjemaah di masjid-masjid dan surau-surau.

    • Sembahyang Fardhu Jumaat bagi peserta lelaki.

    • Tadarus Al-Quran/ Bacaan Surah Yassin & Tahlil/ Ratib Al-Attas.

    • Ceramah/Tazkirah.
       

  • Aktiviti Sukan dan Fizikal:

    • Senaman Pagi/ briskwalk setiap pagi.

    • Cabaran fizikal; Ice Breaking/Trust Building / Flying fox/ Team Building/ Team Challenge di OBBD Daerah Temburong.

    • Aktiviti sukan tradisi bersama Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan dan Kelab Pusat Belia Temburong. 

  • Aktiviti keusahawanan:

    • Sesi berkongsi pengalaman kejayaan bersama Usahawan Tempatan
       

  • Aktiviti kebudayaan:

    • Aktiviti kebudayaan bersama Majlis Perundingan Kampong [Adat resam/makanan tradisi/tarian dan muzik tradisi].

  • Aktiviti khidmat kepada masyarakat:

    • Aktiviti kemasyarakatan [bergotong royong belia dan Ahli Takmir Masjid.

Attachments
Created at 9/9/2019 3:31 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 9/12/2019 3:13 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli