Laman web : Jabatan Belia dan Sukan
 
BORANG
PERNYERTAAN
 
ROUTE MAP
DAERAH
BRUNEI MUARA
Route 10 KM
Route 5 KM
Route 3 KM
 
DAERAH TUTONG
Route
10 KM, 5 KM, 3 KM
 
DAERAH TEMBURONG
Route Map
 
DAERAH BELAIT
Route Map
 
 
 

LARIAN HARI KEBANGSAAN 2013

Larian Hari Kebangsaan 2013 merupakan salah satu aktibiti sampingan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke - 29, Tahun 2013.


TUJUAN

  1. Larian Hari Kebangsaan  bertujuan untuk memperingati Hari Kebangsaan Ke - 29 tahun yang bertemakan “Negaraku Brunei Darussalam.

  2. Untuk Mengeratkan hubungan silaturahim dan menjana integrasi dikalangan generasi belia dengan berbagai ‘stakeholders’ yang berkaitan-diseluruh negara.

  3. Menggalakkan masyarakat Brunei mengamalkan cara hidup sihat dengan melibatkan dengan kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.

  4. Memupuk perpaduan persefahaman dan kerjasama dikalangan lapisan masyarakat demi pembangunan dan kemajuan sukan untuk negara.

  5. Membentuk masyarakat yang berdisiplin, cekal dan berdaya saing ke arah membentuk Bangsa Brunei Cemerlang.


TARIKH
Acara larian akan diadakan serentak di setiap daerah pada 28 April 2013 (Hari Ahad)


TEMPAT

Daerah Brunei Muara     -       Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Daerah Belait                     -       Pusat Insani, Pekan Seria
Daerah Tutong                  -       Kompleks Sukan Tutong
Daerah Temburong         -       Kompleks Sukan Temburong


KATEGORI DAN LALUAN

Larian dibukakan kepada orang ramai di keempat - empat daerah. Sebanyak 11 Kategori akan dipertandingkan iaitu

 

Kod

Kategori

 Jarak

Pemenang

 Daerah

  A Lelaki Terbuka
18 Tahun – 44 Tahun
( lahir 1995 - 1969)
10KM 10 Brunei Muara, Belait, Tutong, Temburong
 

B

Wanita Terbuka
18 Tahun - 44 Tahun
( lahir 1995 - 1969 )

10KM

10

Brunei Muara, Belait, Tutong, Temburong

 

C

Veteran Lelaki
45 Tahun Keatas
(lahir tahun 1968 keatas )

10KM

10

Brunei Muara

 

D

Veteran Wanita
45 Tahun Keatas
( lahir tahun 1968 keatas )

10KM

10

Brunei Muara
 

E

Remaja L-elaki
17 Tahun Ke Bawah
( lahir 1996 ke atas )

5 KM

10

Brunei Muara, Belait, Tutong, Temburong

 

F

Remaja Perempuan
17 Tahun ke Bawah
( lahir 1996 ke atas )

5 KM

10

Brunei Muara, Belait, Tutong, Temburong

 

G

Fun Run
Terbuka

3 KM

-

Brunei Muara, Belait, Tutong, Temburong

 

H

OBK
Blind

3 KM

5

Brunei Muara

 

I

OBK
Hearing and Intelectual Disabilities
( Lelaki )

3 KM

5

Brunei Muara
 

J

OBK
Hearing and Intelectual Disabilities
( Wanita )

3 KM

5

Brunei Muara
 

K

OBK
Wheel Chair

3 KM

5

Brunei Muara

Borang  boleh didapati  dan keterangan lanjut di tempat - tempat berikut :

  • Tingkat 6, Bahagian Sukan,Jabatan Belia dan Sukan - Tel: 2381905 Smb 1611/ 1630/1633
  • Kompleks - Kompleks di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan
  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait - Tel: 3333992
  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong - Tel: 4260118
  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong - Tel: 5221718

Tarikh Tutup bagi menghantar borang penyertaan kepada pihak penganjur keempat - empat Daerah iaitu  pada 20 April 2013 (Hari Sabtu) Jam 4.00 Petang.

  • Tingkat 6, Bahagian Sukan,Jabatan Belia dan Sukan
  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait
  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong
  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada Jabatan - Jabatan Kerajaan / Maktab - Maktab / Sekolah - Sekolah / Persatuan - Persatuan Belia dan Sukan / Mukim - Mukim dan Kampong - Kampong /Syarikat - Syarikat Swasta dan Orang - Orang Perseorangan di keempat - empat daerah.

  2. Penyertaan ini juga  terbuka kepada warganegara asing yang memegang kad pintar (Kad pengenalan) berwarna ungu dan hijau yang bekerja dan bermastautin di Negara Brunei Darussalam.

  3. Terbuka kepada Negara-negara jiran seperti Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan.

  4. Setiap Peserta hanya dibenarkan menyertai Satu (1) Kategori sahaja.

  5. Yuran penyertaan adalah $10.00 ( untuk pembelian baju )

  6. Peserta bawah umur 17 Tahun hendaklah mendapat kebenaran daripada Ibubapa / Penjaga dan hendaklah mengisikan borang pengesahan kesihatan yang disediakan oleh pihak Penganjur.


PERATURAN AM

  1. Semua peserta dikehendaki memakai nombor ‘Bib’ yang disediakan oleh pihak penganjur.

  2. Perkara - perkara yang berbangkit dan tidak terkandung dalam syarat dan peraturan kejohanan ini akan dirujuk kepada penganjur. segala keputusan yang dibuat adalah sah dan muktamad.
 


   (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution
 

Last updated on April 13, 2013
Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam
 
Government of Brunei Klik di sini untuk laman web rasmi