Bahasa Melayu | English Hubungi Kami  |  Maklumbalas  |  Peta Laman 
 Laman Utama  |   Berita Sekitar Belia dan Sukan    |    Galleri     
 Laman Utama > Program Sukan - Pesta Sukan Kementerian-Kementerian  


Sejarah
  JBS
  Pengarah
  Timbalan Pengarah
Misi / Visi
Peranan & Tanggungjawab
Carta Organisasi
Bahagian
  Pentadbiran
  Belia
  Sukan
  Latihan
  Prasarana dan Estet
  SMRC
Cawangan
  Brunei Muara
  Belait
  Tutong
  Temburong
 under construction
under construction
 under construction

Pesta Sukan Kementerian-Kementerian

    

Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam merupakan gabungan antara Kejohanan Sukan Kementerian-Kementerian Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukandan Kejohanan Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awamkelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.


Melalui sokongan dan penyertaan dari Kementerian-Kementerian, pihak Penganjur berharap kejohanan Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam akan terus dapat dikendalikan pada setiap tahun dengan hasrat bagi membentuk kesedaran diri para pegawai dan kakitangan Kerajaan supaya sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan cergas serta dapat menjalin semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

TUJUAN

  1. Untuk melaksanakan “DASAR SUKAN NEGARA” khasnya dalam “SUKAN UNTUK MASYARAKAT”.

  2. Untuk memajukan sukan seiring dengan pembangunan sosial ekonomi dan pembangunan kerohanian.

  3. Untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan disemua peringkat dan bahagian supaya bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan secara terpimpin dan teratur.

  4. Untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

  5. Untuk mencungkil bakat dan meningkatkan mutu sukan khasnya dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang sebahagiannya terdiri daripada golongan belia yang mempunyai potensi untuk menjadi ahli sukan negara.

  6. Sebagai salah satu usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan untuk menjadikan aktiviti-aktiviti sukan bukan hanya semata-mata untuk kecemerlangan tetapi ianya juga untuk kecergasan, kesihatan fizikal dan mental serta perpaduan.
PSKK KE-16, 6hb - 13hb Mac, 2010



 
   (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution
Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam



Government of Brunei