Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan
Salah satu usaha pihak jabatan dalam sama-sama berganding bahu dalam melahirkan belia tempatan yang celik dan mahir dalam bidang pembacaan Al-Qur’an khususnya secara berlagu atau ‘tarannum’.
Sesuai dengan kumpulan sasaran utama musabaqah ini iaitu
belia Islam yang berumur 17 hingga 22 tahun maka penganjurannya secara tidak langsung telah dapat memberikan satu peluang awal kepada belia di negara ini yang berminat dalam bidang pembacaan Al-Qur’an untuk memperlihatkan bakat dan kebolehan serta dapat dijadikan sebagai sukat-sukat pencapaian dan tahap mutu pembacaan mereka masing-masing.
Penganjuran seumpama ini adalah juga dihasratkan akan dapat merealisasikan lagi hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1996 Masehi pada 1 Jamadilakhir, 1417 bersamaan 13 Oktober, 1996.