Bahasa Melayu | English Hubungi Kami  |  Maklumbalas  |  Peta Laman 
 Laman Utama  |   Berita Sekitar Belia dan Sukan    |    Galleri     
 Laman Utama > Program Belia Patriotik - Belia Cinta Tanah Air


Sejarah
  JBS
  Pengarah
  Timbalan Pengarah
Misi / Visi
Peranan & Tanggungjawab
Carta Organisasi
Bahagian
  Pentadbiran
  Belia
  Sukan
  Latihan
  Prasarana dan Estet
  SMRC
Cawangan
  Brunei Muara
  Belait
  Tutong
  Temburong
 under construction
under construction
 under construction

Program Patriotik - Belia Cinta Tanah Air


Program Belia Cinta Tanah Air 2010, Sempena Hari Kebangsaan Kali Ke-26

Program ini diolah untuk mewujudkan rasa kecintaan kepada negara dan menanamkan semangat patriotik dikalangan belia. Belia diseru untuk taat kepada Allah, setia kepada Raja dan cinta kepada Negara.  Belia diminta untuk menghargai dan mengamalkan sikap pemedulian dan khidmat kepada orang lain dalam masyarakat.

Objektif

  • Untuk meningkatkan lagi semangat kenegaraan dan kekitaan di kalangan belia dan masyarakat dan seterusnya cinta kepada tanah air;
  • Untuk meningkatkan nilai-nilai hidup bermasyarakat, beragama, bernegara dan berpersatuan, membangunkan kecergasan jasmani dan kemantapan rohani belia supaya menjadi tabah serta berfikiran luas dan terbuka.

Kumpulan sasaran ialah belia yang berumur 15 hingga 25 tahun.

Program ini dibahagikan kepada tiga fasa:

  • Fasa I - Iltizam Bersama Orang Ramai
    • Menyertai upacara menaikkan Bendera Besar di daerah-daerah;
    • Membuat perarakkan mengelilingi kawasan setempat membawa bendera kebangsaan dan logo Sambutan Hari Kebangsaan; dan
    • Mengagih-agihkan bendera kebangsaan kerumah-rumah penduduk yang terpilih.

  • Fasa II - Menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan
    • Menyertai Sembahyang Berjema'ah dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan;
    • Menyertai perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan.

  • Fasa III - Berkhidmat Untuk Masyarakat
    • Bergerak ke daerah-daerah bagi mengikuti Program Berkhidmat Untuk Masyarakat;
    • Antara aktiviti yang diisikan dalam fasa ini ialah:
      • Majlis Pelancaran diikuti dengan perarakan membawa Bendera Kebangsaan di kawasan kampung atau mukim yang terlibat;
      • Tinggal bersama keluarga angkat;
      • Aktiviti keugamaan seperti Sembahyang Berjema'ah, Bertahlil dan membaca Yassin, Ceramah Ugama;
      • Interaksi dengan masyarakat setempat melalui:
        • Kerja kemasyarakatan seperti membersihkan tanah perkuburan, membaiki dan membersihkan rumah warga emas;
        • Kebudayaan seperti tarian tradisi, nyanyian berpantun dan bermukun;
        • Masakan dimana belia berkesempatan mempelajari mwwajid, mengelupis dan mengumbut;
        • Kraftangan tradisi seperti menganyam bakul daripada bahan-bahan semulajadi seperti buluh dan rotan.

Kesimpulan, pendekatan-pendekatan yang digunapakai dalam program ini dapat melahirkan belia yang cintakan tanahairnya melalui pengelaman 'first-hand' belia itu sendiri dan kesedaran akan pentingnya hidup bermasyarakat.

 
 
   (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution
Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam



Government of Brunei