Bahasa Melayu | English Hubungi Kami  |  Maklumbalas  |  Peta Laman 
 Laman Utama  |   Berita Sekitar Belia dan Sukan    |    Galleri     
 Laman Utama > Program Belia - Kepimpinan dan Latihan > Pertandingan B-@ktif


Sejarah
  JBS
  Pengarah
  Timbalan Pengarah
Misi / Visi
Peranan & Tanggungjawab
Carta Organisasi
Bahagian
  Pentadbiran
  Belia
  Sukan
  Latihan
  Prasarana dan Estet
  SMRC
Cawangan
  Brunei Muara
  Belait
  Tutong
  Temburong
 under construction
under construction
 under construction

Program Kepimpinan dan Latihan - Pertandingan B-@ktif

"Pertandingan B-@ktif merupakan satu pertandingan kertas kerja dan perlaksanaan projek yang dibukakan untuk penyertaan belia di negara ini. Pertandingan ini juga merupakan demensi untuk para belia menganjakkan paradigma ke tahap global. Tahun ini merupakan anjuran kali ketiga yang diungkayahkan oleh Jabatan Belia dan Sukan melalui Bahagian Belia.

Hasil daripada penglibatan kumpulan-kumpulan belia yang terdahulu telah memperlihatkan kita terdapat belia yang “outstanding” dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengikuti serta pengendalian kegiatan kebeliaan.

Adalah harapan Negara untuk melihat para belia melalui Pertandingan B-@ktif ini akan melahirkan kuantiti jati diri belia di dalam hal ehwal kebeliaan seterusnya menjadi role model kepada belia yang lain sejajar dengan visi Negara 2035."
 

Tujuan

  • Untuk menyediakan peluang kepada belia merancang dan melaksanakan sesuatu projek yang bersistematik dan pada masa yang sama belia dapat belajar dan menimba ilmu di dalam pengurusan kegiatan.

  • Untuk memberi kebebasan kepada belia dalam menganjurkan dan memilih jenis kegiatan belia mengikut citarasa dan kehendak belia sendiri.

  • Untuk menyerapkan ‘sense of ownership’ dalam diri belia dan rasa bertanggungjawab dalam pengendalian projek.

  • Untuk memilih projek yang terbaik untuk dipertandingkan dalam anugerah peringkat dalam atau luar negeri.


Syarat Penyertaan

  • Syarat-Syarat Kumpulan

    1. Dibukakan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

    2. Umur ahli kumpulan hendaklah di antara 15 hingga 25 tahun pada tahun 2009.

    3. Kumpulan mestilah bersedia memikul tanggungjawab dan risiko selaku Ahli Jawatankuasa semasa pengendalian projek nanti.

    4. Setiap kumpulan yang ikut bertanding hendaklah mempunyai ahli tidak kurang daripada 3 orang dan tidak lebih daripada 9 orang. Walaubagaimanapun, ahli dibolehkan terdiri daripada pemegang kad pengenalan hijau dan tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah ahli kumpulan tersebut.

    5. Pertukaran ahli kumpulan TIDAK DIBENARKAN setelah borang penyertaan diterima oleh pihak penganjur.

    6. Setiap kumpulan dibolehkan melantik seorang mentor. Tugas mentor adalah memberi bimbingan tetapi tidak boleh terlibat di dalam pengendalian.

    7. Setiap kumpulan dibolehkan melantik ‘supporters’ yang terdiri daripada golongan belia berumur 15 hingga 25 tahun dan tidak lebih daripada sepuluh (10) orang ‘supporters’.

    8. Setiap kumpulan akan diawasi oleh seorang penyelia yang dilantik terdiri daripada pegawai Jabatan Belia dan Sukan. Antara tugas penyelia ialah sebagai perantaraan di antara kumpulan dan Jabatan Belia dan Sukan.

    9. Setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar SATU kertas kerja sahaja.

    10. Setiap penyertaan dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur dengan lengkap.


  • Peraturan Kertas Kerja
  1. Kertas kerja yang dihadapkan mestilah mengikut format yang disediakan iaitu mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
    • Tajuk
    • Pendahuluan / Mukadimah
    • Tujuan
    • Kumpulan sasaran / syarat penyertaan
    • Tarikh dan tempat aktiviti dijalankan
    • Jadual pelaksanaan aktiviti
    • Tetamu Kehormat (jika ada)
    • Rangka perbelanjaan
    • Jawatankuasa pengendali
    • Borang permohonan
    • Logistik

  2. Kertas kerja projek yang dipertandingkan hendaklah berunsur kebeliaan; tidak bercanggah dengan Undang-Undang Negara atau anasir negatif dan mempunyai mesej yang bersesuaian dengan hal ehwal kebeliaan di negara ini.

  3. Bagi kategori kertas kerja yang dipertandingkan, setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu daripada kategori di bawah:
    • Kemasyarakatan
    • Pendidikan
    • Alam Sekitar
    • Keugamaan
    • Kesukanan / Riadah
    • Kesedaran / Kesihatan

  4. Kertas kerja boleh dihadapkan samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

  5. Setiap kertas kerja yang dihadapkan hendaklah di dalam format hard copy dan soft copy (disket atau cd).
  • Penilaian:

    1. Format pertandingan:
      • Fasa I - Penilaian Kertas Kerja
        Pemilihan awal iaitu penilaian kertas kerja.

      • Fasa II - Perbentangan Kertas Kerja
        (17 & 19 April 2009)
        Kumpulan yang disenaraipendekkan hendaklah membentangkan kertas kerja mengikut gaya atau cara masing-masing dan tidak melebihi daripada 20 minit.

        Daripada perbentangan ini, 20 kertas kerja yang terbaik akan dipilih untuk ke fasa seterusnya.

      • Fasa III - Pelaksanaan Kertas Kerja Projek
        Kumpulan yang terpilih ke fasa ini dikehendaki melaksanakan kertas kerja projek yang dipertandingkan dalam tempoh tiga bulan bermula pada 1 Jun 2009 hingga 31 Ogos 2009.

    2. Setiap kumpulan akan diberikan maksimum $500.00 untuk perbelanjaan pelaksanaan projek.

    3. Penilaian akan merangkumi kepada keberkesanan projek yang dilaksanakan iaitu berjaya mencapai matlamatnya.

    4. Penghakiman Jawatankuasa Panel Hakim telah dibentuk bagi Fasa I dan Fasa II, sementara Jawatankuasa Pemudahcara telah ditubuhkan bagi membantu Penghakiman yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Jabatan Belia dan Sukan.
 
 
   (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution
Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam



Government of Brunei