Bahasa Melayu | English Hubungi Kami  |  Maklumbalas  |  Peta Laman 
 Laman Utama  |   Berita Sekitar Belia dan Sukan    |    Galleri     
 Laman Utama > JBS - Peranan dan Tanggungjawab


Sejarah
  JBS
  Pengarah
  Timbalan Pengarah
Misi / Visi
Peranan & Tanggungjawab
Carta Organisasi
Bahagian
  Pentadbiran
  Belia
  Sukan
  Latihan
  Prasarana dan Estet
  SMRC
Cawangan
  Brunei Muara
  Belait
  Tutong
  Temburong

Peranan dan Tanggungjawab

PERANAN

Peranan dan fungsi Jabatan (sejak April 1993) Sekarang dikenali sebagai Jabatan Belia dan Sukan adalah mengawasi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal 'belia dan sukan'

Mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan 'belia dan sukan'

Merancang dan memajukan sukan negara secara terpimpin dan terkenal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatupadu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan negara.

Mengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan aktiviti-aktiviti 'belia dan sukan'

nota: Catatan daripada Surat Keliling Pejabat Setiausaha kerajaan Bilangan SUK/90/74 bertarikh 29 Jun 1974.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Merancang, mengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan kegiatan-kegiatan belia demi untuk membina belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdikari, bernilai positif dan bersedia menyahut seruan pembangunan negara.

Merancang, menyusun dan mengawal program-program sukan untuk membentuk masyarakat cergas, sihat, berdisiplin, dinamik, tahan lasak dan berdikari dan secara langsung untuk menuju kearah pencapaian sukan kecemerlangan.

Menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur, seperti venue-venue sukan, pusat-pusat belia dan bantuan-bantuan kewangan serta khidmat nasihat kepada persatuan-persatuan belia dan persatuan-pesatuan sukan.

Merancang latihan-latihan sivik, tata negara, kepimpinan, motivasi dan pendedahan para belia serta bantuan jurulatih bagi memperbaiki mutu kesukanan kepada atlit sukan.

KEAHLIAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN DAN SERANTAU

Ahli Jawatankuasa Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.
Pengerusi Asean Sub-Committee On Youth bagi tahun 1988 hingga 2000.
Ahli Lembaga Pengarah dalam Belia Komanwel (Rantau Asia).
Pengerusi Senior Official Meeting on Youth (SOMY) 2000 hingga June, 2002


 
   (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution
Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam



Government of Brunei