Bahasa Melayu | English Hubungi Kami  |  Maklumbalas  |  Peta Laman 
 Laman Utama  |   Berita Sekitar Belia dan Sukan    |    Galleri     
 Laman Utama > JBS - Misi / Visi


Sejarah
  JBS
  Pengarah
  Timbalan Pengarah
Misi / Visi
Peranan & Tanggungjawab
Carta Organisasi
Bahagian
  Pentadbiran
  Belia
  Sukan
  Latihan
  Prasarana dan Estet
  SMRC
Cawangan
  Brunei Muara
  Belait
  Tutong
  Temburong
Misi / Visi
M I S I
MENGWUJUDKAN DAN MEMBANGUN MASYARAKAT BRUNEI KE ARAH
KECEMERLANGAN MELALUI PROGRAM-PROGRAM 'BELIA DAN SUKAN


V I S I
“ KE ARAH MASYARAKAT YANG SIHAT DAN CEMERLANG ”

MATLAMAT

Menanamkan semangat kebangsaan dan mendukung kerasmian ugama Islam untuk menjadi amalan dalam kehidupan lengkap belia sesuai dengan falsafah 'Melayu Islam Beraja' dan Perlembagaan Negara.

Menanamkan dan mengukuhkan masyarakat yang sepadu melalui program-program yang berteraskan konsep Melayu Islam Beraja.

Memperkembangkan dikalangan belia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta menanamkan dalam diri belia sikap dan kualiti bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, serta dapat menyesuaikan diri dan berdikari bagi pembangun negara disamping mengukuhkan kepaduan negara.

Meningkatkan profail belia melalui penyertaan belia diperingkat kebangsaan serantau dan antarabangsa.

Membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fisikal juga mental bersemangat dan berpendirian positif, hidup berdisplin dan berdikari, iaitu melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada falsafah negara 'Melayu Islam Beraja'.

Melahirkan ahli-ahli sukan elit dan berprestasi tinggi bagi penyertaan sukan-sukan serantau dan antarabangsa.

Menjadikan aktiviti sukan sebagai satu kaedah pembangunan sosial, menggalakanpergaulan persaingan sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta masyarakat yang tidak mengasingkan diri melalui penyertaan aktiviti sukan untuk masyarakat.

Mempertingkatkan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan dan pusat-pusat belia diseluruh negara.


OBJEKTIF

Membentuk belia untuk lebih bertanggongjawab kepada ugama raja bangsa dan negara.

Menyediakan program yang berbentuk latihan kepimpinan kemahiran serta menyusun rancangan yang berasaskan wawasan yang sihat dengan berpandukan kehendak belia dan aspirasi negara.

Menyediakan program perkembangan belia bagi menimbulkan kepercayaan diri serta menanamkan sikap ke sukarelawanan dikalangan belia.

Memperbolehkan belia memperkembangkan kesedaran dan persefahaman antarabangsa supaya menyedari kedudukan Negara Brunei Darussalam dalam ASEAN, Rantau Asia, Komanwel dan Antarabangsa dengan penyertaan belia dalam latihan, seminar, perkhemahan pertandingan dan pertukaran program dua hala atau serantau di luar negara.

Membanyakkan bilangan masyarakat yang melibatkan diri secara langsung pada kegiatan riadah dan sukan untuk masyarakat dengan menyediakan prasarana dan program-program sukan yang tersusun, terancang, terpimpin melalui temasya/ pesta dan pertandingan.

Menggalak dan mengwujudkan peluang dan kemudahan ke arah mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan disemua peringkat, termasuk antarabangsa.

Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan sumbangan dikalangan belia dan sukan.

Menyediakan, menggalakkan penggunaan prasarana kemudahan-kemudahan sukan dan pusat-pusat belia diseluruh negara pada tahap yang memuaskan sama ada dari segi keramaian penggunanya dan keadaan pemeliharaannya.


 
   (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution
Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam



Government of Brunei