 |
Syarat-Syarat Am Tempahan dan Penggunaan |
| |
|
 |
Stadium Negara Hassanal Bolkiah |
 |
Kompleks Sukan Berakas |
 |
Gelanggang Tenis Kebangsaan |
 |
Kompleks Sukan Padang Dan Belapan |
 |
Kolam Renang Kebangsaan |
 |
Dewan Serbaguna |
 |
Kompleks Sukan Menglait |
 |
Kompleks Sukan Rekreasi Menjalin |
 |
Stadium Tertutup |
 |
Kompleks Sukan Skuasy |
 |
Perkampongan Sukan |
 |
Stadium Hoki |
 |
Kolam Renang Anggerek Desa |
 |
Kompleks Sukan Air Serasa |
 |
Pusat Petanque |
 |
Kompleks Sukan Jerudong |
 |
Pusat Boling Padang |
 |
Gelanggang Gasing |
 |
Kompleks Sukan, Temburong |
 |
Kolam Renang, Temburong |
 |
Kompleks Sukan, Tutong |
 |
Pusat Akuatik, Tutong |
 |
Kompleks Sukan, Mumong |
 |
Padang Arena, Seria |
| |
 |
Pusat Belia, BSB |
 |
Pusat Belia, Tutong |
 |
Pusat Belia, Belait |
 |
Pusat Belia, Temburong |
|
Belia
Peranan dan fungsi Jabatan Belia dan Sukan sejak 1hb April 1993:
Mengawasi perkara-perkara yang berkaitan dengan belia dan sukan
Mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan belia dan sukan
Mengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan aktiviti-aktiviti belia dan sukan
Unit-Unit Bahagian Belia
- Unit Kemudahan Dan Kegiatan Belia
- Merancang dan melaksanakan kegiatan belia di daerah-daerah dan pusat-pusat belia.
- Mengawal pentadbiran dan pemeliharaan pusat-pusat belia
- Memajukan dan memasarkan pusat-pusat belia di daerah-daerah kepada pengetahuan umum termasuk maklumat tentang penggunaannya ke tahap maksima.
- Menjadikan pusat-pusat belia sebagai Pusat Sumber Informasi Belia.
- Menyediakan laporan tahunan penggunaan pusat-pusat belia.
- Unit Pembangunan Persatuan Belia
- Memantau perkembangan Persatuan Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan dan membangun kemajuan Persatuan Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
- Menguruskan kewangan, latihan, kemudahan-kemudahan dan prasarana bagi kegunaan Persatuan Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); dan mengendalikan serta mengurus sebarang pemasaran dan lawatan yang berkaitan dengan Persatuan Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
- Menggalakkan penglibatan belia mengikut Dasar Belia Negara iaitu belia yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun supaya aktif berpersatuan
- Unit Pergerakkan Belia
- Merancang dan mengendalikan aktiviti belia yang sihat dan menyeronokkan di mana pembangunan peribadi dan perubahan sikap yang positif merupakan hasil sampingan. Di antara kegiatan yang termasuk dalam kategori ini ialah seperti aktiviti tahan lasak di darat dan laut, pengembaraan, perkhemahan, mendaki dan seumpamanya. Tujuan utama ialah bagi menarik belia yang berisiko tinggi yang masih lagi belum mempunyai pekerjaan dan dalam alam persekolahan melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah.
- Melaksana kerja ‘outreach’ dan mendekati belia yang berkeliaran serta lepak untuk mengetahui akan minat, cita rasa dan kecenderungan mereka.
- Mempromosikan cara hidup sihat.
- Unit Program Pembangunan Belia
- Merancang dan mengendalikan program dan aktiviti belia khusus bagi merangsang perkembangan dan pertumbuhan sikap positif, berdikari, berdaya usaha dan berdaya saing.
- Mengendalikan ‘Latihan dan Kemahiran’ untuk belia supaya mereka mampu berdikari dan hidup sendiri dengan latihan dan kemahiran yang dipelajari.
- Mengendalikan ‘Kesukarelawanan dan Kemasyarakatan’ iaitu dengan menyediakan latihan dan kelengkapan kepada kumpulan belia sukarelawan (‘permanent youth’). Kumpulan belia sukarelawan ini peka dengan keadaan semasa yang terjadi di dalam negara dan bersedia bergerak pada bila-bila masa untuk membantu dalam kerja kemasyarakatan.
- Mengendalikan ‘Keusahawanan dan Koperasi’ di kalangan belia dengan menggalakkan penglibatan belia di dalam bidang keusahawanan sebagai salah satu pilihan bidang pekerjaan.
- Merancang dan mengendalikan latihan kepimpinan terutama kepada pemimipin-pemimpin pelapis.
- Unit Program Kebangsaan Dan Antarabangsa
Bidang tugas unit ialah menyelaras program-program tahunan seperti:
- Program Belia Cinta Tanah Air
- Aktiviti-aktiviti sampingan sempena Hari Kebangsaan dan Keputeraan
- Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Peringkat Daerah dan Kebangsaan
- Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Asia Tenggara
- Pertandingan B-@ktif
- Sambutan Hari Belia Kebangsaan
- Anugerah Belia Kebangsaan
- Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara
- Diploma in Development in Youth Work
- Program dan jemputan anjuran Commonwealth Youth Programme (CYP), ASEAN, Asia dan Antarabangsa seperti ‘ASEAN Youth Day’, ‘Senior Official Meeting on Youth’ (SOMY), ‘regional workshop / conference’
- Projek-projek keugamaan seperti Majlis Tadarus Al-Qur’an Bulan Ramadhan Belia.
|
|